Sunday, 24 February 2013

Merawat keracunan makanan

Hai uols! Lama tak update kat sini kan.. So harini lofa nak kongsi sedikit tips merawat keracunan makanan. Ye la,ni pasal semalam lofa 'flat' sehari sebab alami keracunan makanan. Sakit perut ya amat, rasa nyawa kat hujung tanduk dah. Lofa terus teringat jumaat pagi lofa makan roti sardin kat mamak KLIA tingkat bawah dekat bus stop. Entah dimana silapnya, perut lofa tak tahan agaknya. Oleh sebab semalam en suami pon bekerja, lofa terpaksa usaha sendiri google dan cari ubat-ubatan yang ada dalam peti sejuk.

Erm.. Tapi satu ubat pon takde yang ada ubat batuk je. Aih, nak ke klinik jauh sangat and lofa tak larat nak drive dah. Tapi, mujur la ade minuman berkultur a.k.a vitagen 6 botol kecil, 100 plus, dan seulas halia. Wehuu.. So, first of all semasa lofa tengah senak perut tu, lofa x nak makan apa-apa sebab takut lagi teruk. Dah la cirit-birit keluar air je sampai dah takde air nak keluar. Sedihnya rasa. Pedih perut memulas-mulas. So, mula-mula lofa bancuh sesudu kecil garam dan 3 sudu kecil gula. Bancuh dalam mug dengan air suam sikit then campur dengan air sejuk dari peti ais. Petua ni lofa google, then lofa ikut dah ubah sikit sebab rupanya air sejuk boleh membantu melegakan perut sakit akibat keracunan. So, lofa minum air garam tu secawan. Kemudian lofa minum air vitagen 2 botol. Lepas tu lofa baring dan rehat. Lepas setengah jam lofa ambil air 100 plus. Lofa goncang-goncang dan buang gasnya dulu lepas tu minum secawan. Lofa ulang-ulang minum air 100 plus dan vitagen setiap setengah jam dan bila perlu. Alhamdulillah petang dalam pukul 4 lofa rasa lega sikit dan boleh masak bubur nasi. Oh ya, masa kene keracunan makanan tu, lofa kene demam sejuk dan satu badan berangin. So lofa tidur pakai stokin untuk kurangkan angin masuk dalam badan dan sapu minyak panas kat perut. Malam tadi sebelum tidur,lofa minum lagi air 100 plus. Alhamdulillah pagi tadi bangun pukul 6 pagi badan rasa ringan je walau perut masih ada rasa senak sikit. Jadi, memang perlu untuk kita gantikan bendalir dalam badan yang telah hilang sewaktu muntah dan cirit-birit. Air garam membantu menghasilkan sodium dan pottasium dalam badan. Jadi pagi tadi lofa tengok balik air 100 plus tu, rupanya banyak juga yang lofa minum semalam. Jadi, harini walaupun lofa dah sihat,tetapi masih makan bubur nasi kosong je. So, harap tips ni membantu uols. Selamat mencuba!

Friday, 1 February 2013

Tips kecutkan dan hilangkan jerawat

Hai uols! Hari ini mama lofa nak share rahsia bagi mereka yang berkulit sensitif especially mereka yang mempunyai masalah jerawat lambat susut. Lofa sering menggunakan teknik ini kerana kulit lofa sangat sensitif kepada barangan make up. Jadi, dengan adanya tips ini, ia dapat membantu menghilangkan dan mengurangkan jerawat di wajah lofa. Caranya amat mudah dan lebih kepada DIY di rumah kerana hanya menggunakan madu dan serbuk kayu manis. Mula -mula masukkan sesudu besar madu ke dalam mangkuk. Sila gunakan sudu plastik ye.
Kemudian, ambil serbuk kayu manis dan tuang ke dalam mangkuk madu tadi.
Jangan letak terlalu banyak serbuk kayu manis, nanti kalau tak biasa lagi mau menangis tahan panas di muka. Hehehe. Letak serbuk kayu manis tu sikit cukuplah ek. Tengok gambar kalau nak ikut macam lofa. Kemudian kacau-kacaukan adunan tersebut. Actually madu dan serbuk kayu manis tu susah nak sebati. So, kalau nak cepat masuk je dalam microwave tu dan panaskan selama 20 saat je. Jangan lama-lama tau, nanti terus masak pulak! Hahahaha.
Abaikan 1 minit tu sebab lofa akan stopkan microwave lepas 20 saat. Dan inilah rupanya campuran tadi lepas dipanaskan.
Pastu kacaukan adunan tu dan biarkan sejuk dahulu di suhu bilik. Jangan terus letak kat muka pulak, kang melecur muka! Lepas dah sejuk sikit, baru masukkan ke dalam peti sejuk supaya lebih sejuk dan boleh membantu mengecutkan liang roma nanti. So, bila dah sejuk-sejuk peti ais tu, bolehlah kita sapu di muka. Sapu dibahagian pipi, T-zon dan dagu. Jika muka anda berjerawat, urutlah perlahan-lahan ketika meletakkan madu tu di muka, dan buat seperti scrub. Sapu pelan-pelan tau, jangan kasar-kasar khuatir nanti melukakan pula. Anda akan rasa agak gatal-gatal dan panas di muka. Tu adalah tindak balas serbuk kayu manis tu.
Biarkan di muka selama 15 minit dan bilaskan muka. Selepas membilas muka, anda akan lihat wajah anda kemerah-merahan. Itu normal kerana kesan serbuk kayu manis tadi. Anda akan merasakan kulit anda bersih, ringan, jerawat pun In Shaa Allah lebih susut. Selamat mencuba!

Friday, 25 January 2013

adakah anda "Cool or Warm Based colour person"?

Hai uols! Entri kali ini lofa nak kongsi tentang apa itu warm dan apa itu cool. Setiap orang mempunyai warna diri yang menceminkan diri mereka dan aura yang dikeluarkan dari tubuh badan perlu diseimbangkan dengan kombinasi warna pakaian dan make up yang betul agar tidak nampak cacat di mata. Baiklah, lofa pernah masuk ke kelas grooming sebelum ni, jadi ada lah sedikit info yang lofa boleh kongsikan di sini. Seorang speaker jemputan telah mengajar kami cara mengetahui apakah skim warna tubuh kita, samada cool atau warm. Begini, mula-mula ambil tangan kiri seperti gambar di bawah. Kemudian, tekan dengan ibu jari kanan ke tempat yang lofa dah bulatkan tu. Tekan dan kemudian angkat ibu jari tu dan lihat samada kawasan yang pucat akibat kesan tekanan tu cepat merah kembali atau lambat merah. Beliau mengatakan bahawa jika tempat tekan tu cepat merah, maka anda adalah "Warm" dan jika lambat naik darah, anda adalah "Cool".
So, uols boleh cuba teknik ni dan dari situ kita akan tahu unsur warna tubuh kita. Penggunaan pakaian juga sepatutnya perlu matching dengan unsur warna kita. Jika anda merupakan seorang yang "cool based", anda perlu memakai pakaian berwarna cool dan mereka yang "warm based" perlu memakai pakaian berwarna warm. Pemilihan warna yang betul dari hujung rambut ke hujung kaki akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik dan menonjol. Gambar berikut merupakan contoh warna "cool" dan "warm". (gambar dari google)
Nampak tak perbezaan warna tersebut? Seperti lofa, lofa adalah warm based person. Jadi lofa perlu memperbanyakkan penggunaan warna warm seperti kuning, mustard, coklat, hijau muda, dan cream. Gambar di bawah lebih jelas memberikan perbezaan warna. (gambar dari google)
Jadi sebab itulah kadang-kadang bila kita lihat mereka yang memakai baju atau tudung yang tidak serasi dengan warna tubuh, ia akan tampak janggal di mata. Sekian, tu sahaja untuk kali ini. Selamat, mencuba!

Thursday, 24 January 2013

kucing-kucing rumah

Hai uols. First of all, lofa nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul pada hari ini. Marilah kita perbanyakkan selawat pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. So oleh sebab hari ni cuti umum, lofa ada la sedikit masa untuk update blog ni. So oleh sebab pagi-pagi seawal pukul 5.00 am kucing lofa da kejutkan tidur lofa dengan begaduh sakan kat hall bawah. Ingatkan antara kucing jantan, rupanya sesama betina. Aih, kecoh lebih la betina ni. Yang tekejutnya si nenet kenit ni ha yang duk gaduh sakan dengan si senior lili.
Kecoh je si nenet yang tak padan kecik ni.. Ermmm.. Gambar bawah ni pulak si Lili yang tak puas hati dengan nenet
Senior LiLi So, harini lofa nak share gambar-gambar kucing lofa pada uols. Bukanlah baka kucing mahal, kucing kampung atau domestic shor hair je. Tapi lofa sayang sangat kat diorg semua ni.
Ni Tam Tam yang legam. Hihihi
Ni si diva Meimei
Ni si ratu cantik, Yaya
Ni si perasan gojes, Sam
Ni si gelita, Mika
Ni si manja, Nenet Tapi ada lagi kucing-kucing lain dalam rumah ni yang lofa tak tunjuk lagi. Hehe.

Wednesday, 23 January 2013

Elianto make up kit

Hai uols! Meriahnya pagi rabu ni bagi para penjawat awam kan. Hari gaji + bonus la katakan. Tahniah uols. Dan, lofa juga tak terkecuali salah seorang yang tersenyum girang sampai ke telinga. Senyum kambing! Walau gaji lofa tak tinggi, kuli saja kan. Namun sempat juga lofa shopping sedikit di Elianto KLIA. Kenapa KLIA? Jauh kan. Sebab, sini la tempat kerja lofa. Dah 3 tahun lebih berkhidmat di sini. Disebabkan trend sekarang di youtube hebat bercerita tentang kabuki brush ni,lofa pon nak try juga la. Harga kabuki brush Elianto ni rm21, tapi lofa dapat diskaun staf KLIA maka dapatlah harga RM19. Wah! Memang lembut uols! Patutlah menjadi trending. Then lofa beli juga mineral loose powder Elianto RM35 dan juga lofa beli foundation brush berharga RM17. Ni la hasil tangkapan hari ini (tidak termasuk makeup kit VS tu).. Hehehe

Kononnya barang kat atas tu je yang termasuk dalam hasil tangkapan harini. Tapi lofa tewas juga pada kata-kata pemanis mulut seorang jurujual di eraman satellite KLIA. Oh! Menyesal pula ikutkan nafsu serakah. Terus lopong poket ni dibuatnya. Pandai sungguh jurual tersebut bermain kata-kata. Lofa tewas pada produk foundation Chanel yang katanya untuk flawless make up. Maklumlah, wajah lofa bukanlah flawless selembut sutera. Ada cela diwajah perlu dilitupi foundation. Ni semua gara-gara nak berwajah baru di majlis perkahwinan sepupu sabtu nanti. Harga dia pon boleh tahan. RM167 untuk 30ml! Membazir kan? Padahal lofa dah ada BB Cream Elianto! Oh my.... Nafsu serakah perempuan! Harap encik suami maafkan pembaziran lofa ni. Dah tak boleh shopping barang lain dah. Tapi mampukah Chanel ni membuktikan ianya benar-benar "flawless"? Sabtu nanti kita tengok k.

Tuesday, 22 January 2013

Antara koleksi Hijab Instagram

Nampak tak permainannya disini? Saja je nak letak gambar banyak-banyak kan. Hahahahaha. Agak gedik juga Lofa ni kan. Gambar-gambar ni antara koleksi hijab Lofa dari Instagram. Hanya suka-suka snap dan upload. Ada yang menggunakan pashmina, shawl, bawal, selendang ala2 nampak mahal. Hahaha. Kan, sekali lilit di kepala, terus nampak gah dan seperti fabrik mahal,padahal hanya serendah rm5 saja.  Baiklah. Jumpa lagi di entri akan datang, Selamat malam semua k. Dan mama lofa nak tegaskan disini, jangan #membenci dan terus support mama lofa sebagai blogger amatur (konon).

Ni teknik pemakaian biasa je ni :) Ni menggunakan pashmina lembut Ni ala-ala Hana Tajima in pashmina Ni shawl kain cotton Ni gabungan-gabungan gambar pemakaian hijab :) Hahahaha.. Ni pashmina tebal, ala-ala turban kan. Lawak pulak :p

Welcome uols!

Hai! Selamat datang ke blog BeautifulLofa  atau boleh panggil mama Lofa. Maaf,ini bukan kerana pinjam nama selebriti Neelofa, tapi memang mama lofa dikenali dengan nama ini. Jangan #membenci mama lofa kerana nama yang popular ini. Risau juga dikecam nanti. Mama lofa sederhana sahaja orangnya. 


Kan. Inilah saya, mama lofa. Tak gedik kan? Mama terpaksa buat blog sendiri sebab mama dah deactivate akaun facebook mama buat sementara waktu. Jadi atas alasan kebosanan, mama buat blog ini dengan keizinan suami. Errr agak gedik sedikit bahasa diatas (yang panggilan mama tu). Tujuan utama lofa juga adalah utk memuat naik gambar-gambar mama dan semua yang berkaitan dengan hidup lofa. Oh ya, lofa lupa nak beritahu yang lofa ni peminat kucing kampung. Di rumah lofa pon da ada dalam 15 ekor kucing kampung. Tak banyak kan jika dibandingkan dengan kucing-kucing jalanan diluar sana. Ni lofa upload sebahagian gambar kucing lofa. Cute kan? Eh terselit juga gambar Encik Suami lofa. Hahahaha :p